fbpx

Banjir: 160 penternak Selangor rugi RM2.1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald menyantuni antara penternak yang terjejas teruk akibat banjir besar di Kuala Selangor semalam. – FOTO: IHSAN JPV

PUTRAJAYA – Seramai 160 penternak di seluruh Selangor menanggung anggaran kerugian berjumlah RM2.1 juta akibat banjir besar yang melanda negeri itu lebih seminggu lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, ia meliputi kematian lembu, kambing, ayam, rusa, itik, arnab serta kerosakan stok makanan ternakan.

“Saya dimaklumkan bahawa antara kawasan terjejas agak teruk daripada lapan daerah yang dilanda bencana dahsyat tersebut sepanjang minggu lepas ialah Kuala Selangor,” katanya.

Terdahulu, beliau turun ke beberapa ladang ternakan di daerah itu semalam bagi melakukan tinjauan dan meluahkan perasaan sedih apabila melihat sendiri suasana di lokasi kejadian.

Beliau juga berkesempatan melawat ladang lembu tenusu Es Agro Farm selain ladang kambing diusahakan penternak dikenali sebagai Zafir dan Palaniappan serta ladang lembu oleh Haskat.

Mengulas lanjut, Ronald berkata, pihak kementeriannya sedang giat berusaha membantu semua pemain yang terkesan khususnya penternak di samping rantaian agromakanan negara.

“Bantuan adalah melalui dana berjumlah RM80 juta di bawah Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agromakanan untuk meringankan beban kumpulan sasar terjejas,” katanya.

Justeru, beliau memberi jaminan bahawa pihak kementerian itu sedang menyegerakan proses penilaian menyeluruh bagi mengenal pasti jenis kerosakan dan jumlah kerugian sebenar.

Ujarnya, pihak JPV akan mengambil tindakan segera bagi membantu pemindahan ternakan dari ladang pengusaha ke pusat sementara atau kawasan lebih tinggi dan selamat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI