fbpx

Tiada sambutan ambang tahun baru 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kerajaan negeri membatalkan sambutan ambang tahun baharu yang dijadualkan sebelum ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebaliknya program itu akan digantikan dengan majlis tahlil, bacaan doa selamat dan zikir munajat di seluruh masjid negeri-negeri Selangor.

“Kita turut mengalakkan surau dan musola menganjurkan majlis yang sama.

“Program ini akan dikendalikan Jabatan Agama Islam Selangor,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Jelas beliau, pihaknya turut menasihatkan syarikat dan orang persendirian turut membatalkan sambutan itu sebagai tanda menghormati dan bersimpati dengan kejadian banjir yang melanda bermula 18 Disember lalu.

“Sepanjang tragedi banjir di Selangor telah mengakibatkan 25 kematian dengan melibatkan 44,000 mangsa banjir secara keseluruhannya,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI