fbpx

PDRM larang mangsa banjir pinjam ah long

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai terutama mangsa banjir supaya tidak terpujuk dengan tawaran pinjaman duit ah long.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, terdapat sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen dipercayai mula mendekati mangsa banjir bagi menawarkan pinjaman.

“Berdasarkan maklumat awal, tiada laporan diterima polis berkenaan hal ini sehingga kini.

“Namun, polis tidak menolak kemungkinan sindiket ini mula menyasarkan mangsa banjir untuk menjadi peminjam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, orang ramai terutamanya mangsa banjir dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa kepada sindiket ah long.

“PDRM akan membuka siasatan di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951, Kanun Keseksaan dan akta lain berkaitan jika terdapat laporan diterima.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi polis di talian 03 26101559 / 03-26101599, Whatsapp di talian 013-2111222 atau menghubungi mana-mana polis berhampiran,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI