fbpx

Nicole Kidman dah tak laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NICOLE KIDMAN

AKTRES senior, Nicole Kidman yang sebelum ini pernah digelar sebagai ‘ratu filem’ mendedahkan bahawa karier lakonannya kini semakin merudum disebabkan faktor usia.

Kata Kidman, dia kehilangan banyak tawaran berlakon selepas menginjak usia 40 tahun kerana tidak lagi menjadi pilihan rumah produksi untuk mengambilnya sebagai pelakon dalam sesebuah filem.

Justeru, Kidman, 54, menganggap kerjaya lakonannya akan berakhir tidak lama lagi sekali gus meninggalkan dunia perfileman Hollywood.

“Ada sesetengah pihak berpendapat bahawa jika seseorang pelakon wanita itu mencecah usia 40 tahun, maka kerjaya lakonannya telah berakhir.

“Saya pernah ditolak beberapa penerbit filem dan stesen televisyen kerana faktor usia. Dunia industri hiburan Hollywood sebenarnya sangat kejam,” katanya.

Pun begitu, dia masih berpeluang membintangi naskhah baharu iaitu sebuah filem berjudul Being the Ricardos, mengisahkan tentang seorang wanita yang dianggap ‘tidak laku’ untuk berkarya selepas usianya mencecah 39 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI