fbpx

BWI kepada mangsa banjir disalur menerusi tiga kaedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 kepada mangsa banjir di beberapa negeri akan diserahkan menerusi tiga kaedah.

Ia termasuk serahan tunai di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), serahan tunai rumah ke rumah dan pemindahan tunai secara atas talian (EFT).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Task Force Pengurusan Pasca Banjir dan Kesiapsiagaan Menghadapi Gelombang Kedua Benca Banjir hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat turut memaklumkan bahawa BWI sebanyak RM1,000 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) dan RM10,000 kepada waris mangsa bencana yang meninggal dunia telah disalurkan kepada pihak negeri.

“Bantuan ini diselaraskan di peringkat PKOB dengan kerjasama Unit Penyelarasan
Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Kaedah ini dilaksanakan untuk mempermudah urusan penyaluran BWI kepada mangsa dengan lebih efektif dan pantas dengan hanya pengesahan oleh Ketua Komuniti yang dipertanggungjawabkan tanpa perlu mengisi sebarang borang permohonan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, sehingga hari ini, 27 Disember kerajaan telah memperuntukkan RM34 juta untuk disalurkan kepada 34,000 KIR di negeri-negeri yang terjejas banjir dan mula ia mula dibayar pada hari ini.

Mohd. Zuki berkata, jumlah anggaran itu adalah berdasarkan maklumat KIR yang berdaftar di Pusat Penempatan Sementara (PPS). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI