fbpx

Tuan Ibrahim, lima ahli keluarga positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim (kiri) bersama anak dan cucunya yang mengenakan gelang merah jambu selepas disahkan positif.

PETALING JAYA – Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bersama lima ahli keluarga disahkan positif Covid-19.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Pas berkata, dia dan empat anak serta seorang cucu disahkan telah dijangkiti virus berkenaan.

“Mohon doa semua. Saya, empat orang anak dan seorang cucu telah disahkan positif Covid-19. Kami telah menjalani kuarantin beberapa hari lalu.

“Seorang cucu selamat dilahirkan semalam, bagaimanapun dia disahkan negatif tetapi ibunya masih ditahan di Hospital Sungai Buloh. Doakan,” ujarnya melalui ciapan di laman Twitternya hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI