fbpx
Tangkap layar kata-kata lucah yang dimuat naik oleh bapanya di laman Twitter semalam

Polis siasat salah guna gambar Ain Husniza di Tumblr

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Polis melakukan siasatan terhadap kes salah guna gambar pelajar tingkatan lima, Nurain Husniza Saiful Nizam dengan kata-kata berunsur lucah di laman sesawang Tumblr yang didakwa dilakukan rakannya sendiri.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pelajar berusia 17 tahun itu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang semalam ekoran tidak berpuas hati dengan satu ciapan yang mengaibkan dirinya.

“Pengadu yang merupakan pelajar sekolah dimaklumkan rakannya bahawa gambar selfie mukanya telah disalahguna di dalam website Tumblr dengan kata-kata yang berunsur lucah dan mengaibkan melalui akaun instagram pengadu.

“Pengadu mengetahui perbuatan tersebut telah dilakukan oleh rakannya yang merupakan rakan bekas pelajar di sekolah lama.

“Suspek bagaimanapun telah memadamkan gambar berkenaan setelah diminta pengadu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, setakat ini pihak polis belum memanggil suspek untuk merakam keterangan.

Katanya, Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Terdahulu, Nurain Husniza Saiful Nizam bersama bapanya telah membuat laporan polis berhubung komen lucah terhadapnya di media sosial.

Bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab dalam ciapan di laman Twitter berkata, individu yang memuat naik komen berbaur lucah tersebut dipercayai salah seorang rakan sekelas Nurain di sekolah lamanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN