fbpx

Pengantin OKU didukung, undang sebak orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan majlis perarakan sambut menantu antara pasangan terbabit dimana pengantin wanita OKU didukung

PETALING JAYA – Sebak apabila seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) didukung ahli keluarga dalam majlis perkahwinan beliau.

Menerusi perkongsian video di media sosial oleh pengguna @deklaa96_, video berdurasi 54 saat itu menunjukkan wanita itu didukung lelaki dipercayai ahli keluarga beliau sebelum diserahkan kepada suaminya dalam perarakan sambut menantu.

@deklaa96_ yang juga merupakan adik kepada pengantin lelaki di dalam video terbabit berkongsi bahawa kakak iparnya itu seorang OKU sejak kecil dan bertemu jodoh dengan abangnya.

Difahamkan, kakak iparnya yang berusia 27 tahun itu mengalami kecacatan tiada kaki kanan dan kaki sebelah kiri yang mengecil sejak lahir.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan abang dan kakak ipar saya, kakak ipar saya OKU daripada kecil jodoh abang saya,” katanya.

Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial lain berkongsikan perasaan terharu akan jodoh antara dua mempelai itu sebagai satu perkara yang luar biasa.

“Betul orang cakap perempuan akan menjadi ratu apabila bertemu dengan lelaki yang tepat, tahniah dan semoga diberkati,” kata pengguna sofearosee4.

“Alhamdulilah suami dia terima dengan ikhlas walaupun isteri OKU, si suami jagalah isteri baik-baik, jangan hampakan dia,” ujar babyshxnee._

“Alhamdulillah, semua dia sedia terima segala kekurangan isteri, susah nak jumpa lelaki macam ni, semoga berbahagia hingga ke jannah,” komen @jienazfar_30. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI