fbpx

Lelaki maut kereta ‘tergantung’ di penghadang jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Hilux dipandu mangsa selepas merempuh penghadang jejambat berhampiran pusat beli-belah Mahkota Parade, awal pagi tadi.

MELAKA – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) dipandu merempuh tiang penghadang dan ‘tergantung’ di atas jejambat berhampiran pusat beli-belah Mahkota Parade, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa yang berumur 30-an ditemui dalam keadaan tersepit dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan II, Azlan Abdul Rahman berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada pukul 2.33 pagi.

Katanya, sepasukan 12 anggota bersama-sama sebuah jentera dan Perkhidmatan Penyelamatan serta Perawatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di tempat kejadian, kita dapati sebuah kereta jenis Toyota Hilux telah merempuh penghadang dengan keadaan sebahagian kereta tergantung di atas jejambat.

“Terdapat seorang pemandu lelaki tersepit dan kerja-kerja penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa dilakukan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa yang berusia 30-an bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang turut berada di lokasi.

Katanya, mangsa mangsa kemudian telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI