fbpx

BWI diperluas kepada KIR yang tidak berpindah ke PPS – Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul.

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) menetapkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 diberi bukan sahaja kepada Ketua Isi Rumah (KIR) di pusat pemindahan sementara (PPS) sebaliknya diperluaskan kepada KIR yang tidak berpindah ke PPS.

Menterinya Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kementerian juga memutuskan bahawa mangsa banjir boleh menuntut BWI setiap kali bencana menimpa berbanding hanya sekali sebelum ini.

Beliau berkata, bagi menyegerakan BWI kepada mangsa banjir, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyalurkan peruntukan awal BWI sebanyak RM26.9 juta kepada semua negeri yang terjejas.

“MOF akan memastikan NADMA mendapat peruntukan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan sebenar dan peruntukan awal RM100 juta telah disediakan untuk usaha pemulihan pasca-banjir, termasuk pembersihan, pembaikan kawasan perumahan dan infrastruktur awam.

“Malah, MOF pada 21 Disember 2021 telah mengeluarkan garis panduan berhubung kelonggaran kaedah perolehan untuk kerja pembaikan infrastruktur dan fasiliti awam yang rosak akibat banjir,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata, MOF menetapkan kadar BWI ditingkatkan daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap KIR yang terjejas akibat banjir manakala, bantuan kematian kepada waris mangsa pula dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI