fbpx

City tetap waspada ancaman Leicester

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guardiola tetap berwaspada dengan kemampuan yang dimiliki Leicester menjelang aksi Liga Perdana malam esok.

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola percaya Leicester City mampu mengejutkan pasukannya pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad malam esok.

Meskipun pasukan pelawat menampilkan aksi terumbang-ambing dalam beberapa perlawanan terdahulu, namun beliau tidak mahu barisan pemainnya memandang rendah keupayaan The Foxes.

City berada pada prestasi terbaik ketika ini apabila memenangi kesemua lapan perlawanan terakhir untuk menerajui saingan liga menerusi perbezaan tiga mata dengan pasukan tangga kedua, Liverpool.

“Leicester tetap akan menjadi Leicester. Mereka memiliki seorang jurulatih berkualiti selain diperkuatkan beberapa pemain berkelas dunia di setiap posisi penting.

“Bagaimanapun, setiap pasukan pasti akan berdepan situasi seperti itu. Mungkin kita selalu lihat Leicester bersaing di bahagian atas, jadi agak janggal untuk lihat kedudukan mereka sekarang,” kata Guardiola.

Menilai barisan pemain yang dimiliki The Foxes, beliau meminta pemain-pemainnya agar berwaspada kerana sedikit kealpaan mampu menghukum The Citizens biarpun beraksi di laman sendiri.

“Saya sentiasa beri kredit kepada Leicester kerana mereka adalah sebuah pasukan yang berkualiti. Apa sahaja boleh berlaku sekiranya kami tidak berjaga-jaga dengan kemampuan mereka,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI