fbpx

Celah mana saya sindir pasukan keselamatan? – Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPRICE menerusi Instagramnya beberapa hari lalu bertindak berkongsi beberapa gambar aset pasukan keselamatan negara.

PETALING JAYA – Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Caprice menangkis dakwaan seorang bekas anggota tentera udara yang menuduh dia menyindir pasukan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dia memberi maklum balas terhadap perkara tersebut selepas tular sebuah video daripada bekas anggota badan beruniform itu dalam TikTok sejak beberapa hari lalu.

Dalam video berkenaan, individu itu menyifatkan tindakan dilakukan Carpice atau nama sebenarnya Ariz Ramli tidak bertanggungjawab.

Hal ini kerana, Caprice, 33, menerusi Instagramnya beberapa hari lalu memuat naik beberapa keping gambar memaparkan aset-aset pasukan keselamatan negara yang dipertontonkan kepada rakyat sewaktu perarakan sambutan Hari Kebangsaan beberapa tahun lalu.

Tampil menangkis dakwaan yang disifatkannya sebagai serius, Caprice berkata, dia berkongsi gambar-gambar tersebut kerana sangat rindukan sambutan kemerdekaan.

“Seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menuduh saya sindir pasukan keselamatan dan secara tidak langsung menyentuh Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Ini merupakan satu tuduhan yang sangat serius terhadap nama dan misi saya, jadi saya perlu jelaskan.

“Saya rindu sifat merdeka kerana kita bersaty dan tersusun. Pada masa sama, rindu sebab dah lama tak nampak ase-aset hebat setiap tahun.

“Kalau ada soalan pasal aset hebat itu, itu adalah soalan amat serius. Celah mana saya sindir pasukan keselamatan?” soalnya.

Kata Caprice, tuduhan tersebut sangat serius kerana lelaki itu meletakkan dirinya sebagai seorang yang menentang pasukan beruniform seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM), askar dan YDPA.

“Saya datang dari keluarga kakitangan kerajaan. Ibu dulu jururawat di hospital kerajaan. Ada polis, askar tentera laut, jururawat, JPJ, duta. Perkara terakhir yang saya akan buat adalah menyindir pasukan keselamatan.

“Celah mana saya sindir dan kutuk. Semua pasukan keselamatan yang bekerja keras pun tak tahu. Tolong jelaskan,” katanya.

Ujar penyanyi itu lagi, seharian dia sudah cuba menghubungi individu berkenaan untuk berbincang dengan lebih lanjut tetapi tidak membuahkan hasil.

“Satu hari saya cuba telefon dia, tak angkat. Jangan risau bang, saya gigit bini je sekarang,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI