fbpx

Cantiknya Mak Ngah, Mak Yek masa zaman muda!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO dimuat naik pengguna TikTok yang memuji kecantikan Jasmin Hamid dan Didie Alias ketika muda.

NAMPAKNYA demam drama Cukup Derita Itu masih lagi melekat dalam hati para penontonnya. Sehingga ada yang berkongsi semula video lakonan Jasmin Hamid dan Didie Alis ketika mereka masih muda.

Tidak cukup dengan itu, netizen turut memberi tajuk untuk video tersebut iaitu ‘Zaman Muda Mak Ngah (Jasmin) dan Mak Yek (Didie)’.

Rata-rata netizen mengeluarkan komen yang menghiburkan hati. Malah, ada juga memuji kecantikan dua aktres hebat itu.

“Dua pelakon, usia sudah meningkat tetapi cantiknya masih sama,” puji seorang netizen.

“Sejak muda, Mak Ngah dan Mak Yek berkawan baik,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI