fbpx

Kakak lemas ketika cuba selamatkan adik hanyut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Siti Aliya Nasuha yang lemas di Sungai Lanchang, Pasir Mas ditemui kira-kira pukul 2.30 petang tadi. FOTO IHSAN BOMBA

PASIR MAS – Niat murni seorang kakak untuk menyelamatkan adiknya yang lemas semasa mereka mandi-manda di Sungai Lanchang di sini bersama ahli keluarga mereka bertukar tragedi apabila dia pula yang dihanyutkan arus sungai.

Dalam kejadian pukul 11 pagi tadi itu, mayat mangsa, Siti Aliya Nasuha Mohd. Rosli, 13, ditemui lemas kira-kira pukul 2.30 petang selepas cuba menyelamatkan adiknya, Mohamad Akid Akmal,11.

Bapa mangsa, Mohd. Rosli Abdullah, 40, berkata, sebelum kejadian, dia dikejutkan dengan jeritan Mohamad Akid yang meminta pertolongan selepas dihanyutkan arus sungai.

Menurutnya, dia terus terjun ke dalam sungai dan sempat menarik Mohamad Akid sejauh satu meter selepas dihanyutkan air meskipun dia sendiri hampir lemas akibat kepenatan.

“Ketika itu, saya lihat ada lelaki yang telah tampil menghulurkan bantuan dengan terjun dan menarik Mohamad Akid ke tebing.

“Bagaimanapun, saya tidak tahu bila Siti Aliya Nasuha terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan adiknya disebabkan terkejut dengan kejadian itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Pasir Mas, di sini hari ini.

Mohd. Rosli memberitahu, kehilangan Siti Aliya hanya diketahui selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN