fbpx

Penduduk gempar jumpa patung berbalut kain kafan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Berdasarkan keadaannya, patung-patung itu kelihatan seperti sudah lama ditanam. – Istimewa

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di wilayah Sulawesi Selatan gempar apabila menemui lima  patung kecil yang dibungkus dengan kain kafan di sebuah kawasan perkuburan, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Bukan itu sahaja, patung-patung tersebut turut dicucuk dengan berpuluh-puluh batang jarum yang dipercayai merupakan angkara perbuatan sihir.

Berdasarkan sebuah klip video yang dimuat naik seorang pengguna Facebook, Lia Narliah, patung tersebut ditemui oleh seorang penggali kubur ketika ingin menggali tanah bagi mengebumikan jenazah penduduk kampung.

Bagaimanapun, ketika baru mula mencangkul, dia terkejut apabila menemui lima  patung menyeramkan itu yang dibungkus dengan kain kafan serta dicucuk dengan jarum.

“Penggali kubur menemui lima patung yang kelihatan sama ketika baru mula menggali.

“Berdasarkan keadaannya, patung-patung itu kelihatan seperti sudah lama ditanam. Kain kafan tersebut juga kelihatan telah buruk,” ujar Lia.

Patung tersebut kemudiannya diletakkan di dalam sebuah kotak dan akan ke balai polis sebelum dibakar oleh penduduk kampung. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN