fbpx

Kasut bola sepak Nike bertumit tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasut bola sepak ini mempunyai tumit setinggi 7.6 sentimeter. – Comme des Garcons

LONDON – Seorang pereka fesyen dari Jepun, Rei Kawakubo, menghasilkan sepasang kasut sukan bola sepak jenama Nike yang mempunyai tumit tinggi berukuran 7.6 sentimeter, lapor akhbar The Sun semalam.

Kasut sukan diperbuat daripada  kulit  tersebut kini dijual di sebuah butik fesyen di London, Comme des Garcons, pada harga £475 (RM2,667).

“Jika anda bermain bola sepak dengan memakai kasut tersebut, buku lali anda pasti akan terkehel.

“Harga yang ditawarkan pula bermaksud hanya pemain Liga Perdana mampu untuk membelinya,” kata seorang sumber.

Kasut tersebut menampilkan rekaan kulit  dalam warna hitam atau putih serta mempunyai logo Nike pada bahagian tepinya.

Menurut Kawakubo, koleksi Nike Tiempo Premier sebelum ini mula diperkenalkan pada tahun 1992.

“Rekaan moden  ini dihasilkan daripada kulit lembut  serta didatangkan dalam warna hitam dan putih,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI