fbpx

Enam tahun sekatil baru sedar isteri bekas ibu tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki berkenaan terpaksa menceraikan isterinya selepas mengetahui bahawa wanita itu pernah berkahwin dengan bapanya. – Getty

RIYADH – Seorang lelaki di  Arab Saudi terpaksa menceraikan isterinya yang telah dikahwini selama enam tahun selepas mendapat tahu bahawa wanita itu merupakan bekas ibu tirinya, lapor portal berita Wolipop semalam.

Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu dilaporkan sebelum ini tidak pernah membawa isterinya berjumpa dengan kedua-dua ibu bapanya.

Bagaimanapun, rahsia bapanya yang pernah bernikah secara misyar dengan wanita tersebut akhirnya terbongkar ketika lelaki berkenaan membawanya pulang berjumpa dengan keluarga.

Bapanya yang terkejut melihat menantunya itu akhirnya terpaksa memberitahu bahawa dia pernah berkahwin dengan wanita berkenaan 10 tahun lalu menerusi pernikahan secara misyar dan telah pun berpisah.

Penasihat Mahkamah Diraja Arab Saudi dan ahli Majlis Ulama Kanan, Abdullah Al Mutlaq berkata, lelaki berkenaan terpaksa menceraikan isterinya selepas mengetahui perkara tersebut.

“Mereka juga telah dikurniakan seorang anak lelaki,” katanya.

Menurut laporan akhbar Gulf News, fatwa yang dikeluarkan adalah, lelaki tersebut perlu menceraikan isterinya kerana perkahwinan tersebut dianggap tidak sah. Anak mereka bagaimanapun diiktiraf sebagai anak sah taraf.

Perkahwinan misyar adalah sejenis pernikahan yang dilakukan semata-mata demi memenuhi tuntutan batin dengan isteri tidak boleh menuntut sebarang hak.

Kaedah itu menjadi pilihan bagi lelaki yang mahu mempunyai lebih daripada seorang isteri, namun enggan bertanggungjawab dari segi nafkah seperti tempat tinggal dan anak. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI