fbpx

China beri masa 10 hari kepada selebriti culas bayar cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINGBING menghadiri tayangan filem Ash is Purest White pada Festival Filem Cannes Edisi Ke-71 di Cannes, Perancis pada 2018. - AFP

BEIJING – Pihak berkuasa percukaian China menetapkan tempoh masa 10 hari kepada penghibur dan pesohor media sosial untuk membayar cukai tertunggak dalam kempen pemerintah untuk menyekat aktiviti mengelak cukai dan perbelanjaan mewah oleh selebriti.

Beijing melancarkan operasi besar-besaran untuk membanteras  aktiviti mengelak cukai dan kelakuan tidak bermoral dalam industri hiburannya dan menyasarkan sesetengah bintang paling popular negara itu.

Biro percukaian di beberapa hab hiburan di seluruh China termasuk Beijing, Shanghai dan wilayah Guangdong, Zhejiang serta Jiangsu telah memberi amaran kepada selebriti yang disyaki cuba menyembunyikan pendapatan sebenar mereka.

Kalangan mereka berdepan hukuman berat jika tidak memfailkan semula pendapatan sebenar masing-masing menjelang akhir 2021.

Arahan itu dikeluarkan selepas  Huang Wei yang digelar Ratu Penstriman Langsung China, diarah membayar denda berjumlah AS$200 juta (RM840 juta) kerana cuba mengelak  cukai pada Isnin lalu. Akaun sosial medianya yang mempunyai lebih 110 juta pengikut turut ditutup sehari kemudian.

Aktres China,  Zheng Shuang juga didenda sebanyak AS$46 juta (RM193.2 juta) kerana kesalahan serupa pada Ogos lalu, manakala kerjaya aktres Fan Bingbing pula terancam  selepas  skandal cukainya pada 2018.

Bingbing merupakan antara aktres yang menerima bayaran paling tinggi di China sebelum kejatuhannya. Dia pernah berlakon dalam francais filem X-Men dan Iron Man. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI