fbpx

Banjir: Puluhan kambing terkandas diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN kambing yang berjaya dipindahkan dengan menaiki sampan setelah terkandas akibat banjir di Daerah Kuala Selangor, Selangor. – Foto ihsan JPV

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dengan kerjasama pelbagai pihak berjaya menyelamatkan puluhan kambing yang terkandas akibat banjir besar di Selangor.

Misi ini juga melibatkan pasukan Pejabat Veterinar Daerah Kuala Selangor dan penternak ruminan itu di kawasan tersebut di samping penggunaan pengangkutan sampan semalam.

“Terima kasih Tuan. Terbaik. Tuhan sahaja yang dapat membalas kebaikan anda semua,” kata agensi itu menerusi hantaran terkini dalam laman sosial rasminya lewat malam tadi.

Terdahulu, JPV melalui kenyataan awal telah memaklumkan bahawa mereka bersiap sedia memindahkan sejumlah 50 ekor kambing yang terperangkap setelah laluan darat terputus dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi) Tanjung Karang yang meminjamkan sampan bagi misi pemindahan.

Pada masa sama, JPV turut mengagihkan para penternak dan petani di kawasan terjejas dengan bekalan ubat, vitamin serta bahan pembasmi jangkitan selain bahan makanan asas.

Ia turut memuat naik foto-foto eksklusif yang memaparkan kumpulan kambing berkenaan kelihatan ceria setelah badan mereka diselimutkan dan tampak keletihan selepas diselamatkan.

Semalam juga, sepasukan lagi petugas agensi itu dikerah terlibat operasi agihan makanan rumput bagi ternakan lembu yang terperangkap di beberapa kawasan dalam daerah sama dengan bantuan JPV Pulau Pinang.

Mereka bergerak mengedarkan makanan kepada penternak sekitar Jeram, Bukit Kucing, Ijok dan Bestari Jaya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI