fbpx

Banjir: PM arah 4 agensi buat laporan harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan empat agensi yang terlibat dalam pengurusan banjir untuk membuat laporan harian kepada seluruh negara bermula hari ini.

Menurut beliau di laman Twitter, empat agensi dimaksudkan tersebut adalah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Saya telah mengarahkan NADMA, PDRM, BOMBA dan ATM untuk membuat laporan harian kepada seluruh Keluarga Malaysia mulai hari ini.

“Penglibatan daripada seluruh barisan hadapan kerajaan yang membantu bencana ini harus berada di tahap sentiasa bersedia,” menurut ciapan beliau hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI