fbpx

UPNM gerak misi bantu mangsa banjir sekitar Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian sukarelawan UPNM terlibat dalam misi gotong royong membersihkan rumah mangsa banjir di sekitar Selangor. – FOTO: IHSAN UPNM

PUTRAJAYA – Terkesan dengan nasib mangsa bencana banjir, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengambil langkah segera dengan menggerakkan pasukan sukarelawan.

Seramai 300 orang pelajar dan 30 orang staf dari UPNM telah dihantar untuk misi bantuan khas menyantuni mangsa bencana alam itu yang terjejas di beberapa kawasan sekitar Selangor.

Menurut kenyataan pihak pengurusan UPNM, pasukan berkenaan sentiasa prihatin dan siap siaga sepanjang masa diperlukan untuk digerakkan ke mana sahaja.

“Malah Tabung Bantuan UPNM telah dilancarkan untuk sumbangan disalur kepada mangsa dan semua maklumat petugas UPNM yang terjejas akibat bencana itu juga dikumpul,” katanya.

Sukarelawan terbabit akan terlibat dalam operasi bantuan dengan kerja pembersihan rumah pensyarah, kakitangan, pelajar dan juga orang awam yang berada di sekitar Puchong dan Klang.

Usaha murni tersebut dilaksanakan secara bergotong royong bagi mempercepatkan kerja pembersihan, sekali gus misi itu menepati tujuan untuk meringankan beban dialami mangsa banjir selain meneruskan misi bantuan di beberapa lokasi lain di negeri itu.

“Pihak UPNM turut mengadakan program pengumpulan dana serta barangan keperluan harian untuk disumbangkan manakala pemulihan keadaan mangsa dipantau setiap hari,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI