fbpx

Abedeen meterai Mou dengan GMU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizi (kanan) bertukar dokumen MoU dengan Thumbay di kampus GMU, Ajman, Emiriyah Arab Bersatu baru-baru ini.

PETALING JAYA – Abedeen Academy Private and International School (Abedeen) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Gulf Medical University (GMU) untuk menjalin usaha sama bagi memberi nilai tambah kepada program pendidikan yang ditawarkan kepada pelajarnya.

Pengarah Eksekutif Abedeen, Azizi Ahmad berkata, melalui MoU tersebut, ia akan memberi peluang kepada pelajar institusi pengajian tersebut menyambung pelajaran di GMU dalam bidang perubatan.

“Melalui kerjasama ini, kami dapat membantu pelajar lulusan prauniversiti di Abedeen melanjutkan pelajaran di GMU, sekali gus melahirkan lebih ramai pelajar perubatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena pemeteraian MoU tersebut di Kampus GMU, Ajman, Emiriyah Arab Bersatu baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan, GMU diwakili oleh Pengasas Pre­sidennya, Prof. Dr. Thumbay Moideen.

Selain itu, Azizi menerangkan, kerjasama tersebut dapat melicinkan lagi proses kemasukan pelajar Abedeen ke GMU dan juga menggalakkan kerjasama akademik, fakulti dan interaksi pentadbiran serta penglibatan pelajar antara dua institusi pengajian berkenaan.

Usahasama itu juga akan dapat meneruskan kecemerlangan Abedeen sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi yang melahirkan pelajar berkualiti.

Abedeen adalah antara institusi pendidikan yang dipilih untuk mewakili Malaysia ke Dubai World Expo di Dubai baru-baru ini oleh Education Malaysia Global Services, syarikat di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang berperanan untuk mempromosikan institusi pengajian tinggi ke peringkat antarabangsa.

Selain itu, Abedeen me­ngunjurkan pendaftaran pelajar pada tahun depan adalah sebanyak 700 orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN