fbpx

Tujuh lemas di Selangor sejak Sabtu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Seramai tujuh mangsa banjir dilaporkan lemas di Selangor sepanjang bencana alam itu melanda sejak kelmarin.

Kesemua individu berusia 30 hingga 40-an itu melibatkan enam lelaki termasuk seorang yang masih hilang.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, jumlah mangsa berkenaan direkodkan pihaknya sehingga pukul 2 petang tadi.

Katanya, kejadian lemas itu melibatkan tiga mangsa di Taman Sri Muda di sini, Sepang (dua) dan satu di Sungai Pinang, Klang dan Bandar Sri Coaldfields, Kuala Selangor.

“Enam lelaki berkenaan sudah ditemui lemas oleh pasukan bomba di sekitar lokasi kejadian.

“Manakala, seorang lagi mangsa masih hilang di Sungai Pinang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Norazam, seorang wanita turut meninggal dunia namun ditemui di sebuah rumah yang terjejas banjir di Taman Sri Muda.

Dalam kejadian terbaharu, tiga lelaki termasuk dua warga tempatan dipercayai lemas di Taman Sri Muda, hari ini.

Malam tadi, seorang lelaki yang dipercayai lemas ditemui selepas banjir surut di Pangsapuri Alam Idaman, Seksyen 22, di sini.

Terdahulu, seorang lelaki ditemukan lemas selepas cuba menyelamatkan diri daripada lori dipandunya yang dinaiki air di Bandar Sri Coalfield, pukul 5.10 petang hari sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI