fbpx

Southern Volunteers hantar misi kemanusiaan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
On Jabbar (dua kiri) bersama pasukan sukarelawan Southern Volunteers yang digerakkan bagi membantu mangsa banjir di Selangor, hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri menerusi pasukan sukarelawan Southern Volunteers melancarkan misi bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir di Hulu Langat, Selangor hari ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, On Jabbar berkata, bantuan berupa barangan keperluan bernilai RM50,000 itu akan diserahkan kepada Pegawai Daerah Hulu Langat untuk diagihkan.

Katanya, antara barangan keperluan itu termasuklah lampin pakai buang bayi dan dewasa, tuala wanita, makanan kering dan minuman.

“Misi bantuan ini digerakkan ekoran titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu pasukan sukarelawan Southern Volunteers digerakkan untuk membantu mangsa banjir di beberapa negeri terjejas ketika ini.

“Kami amat responsif dan telah menggerakkan misi bantuan dengan keanggotaan seramai 37 sukarelawan untuk mengagihkan barangan keperluan kepada mereka yang terjejas di sekitar Hulu Langat,” katanya kepada pemberita semasa majlis pelepasan Misi Bantuan Banjir Southern Volunteers di Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, di sini hari ini.

Tambah On, misi itu merupakan bantuan fasa pertama membabitkan agihan barangan keperluan asas dan pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Selangor untuk bantuan fasa berikutnya membabitkan kerja-kerja pembersihan.

Semalam, Tunku Ismail bertitah bahawa pasukan sukarelawan Southern Volunteer bersiap-siaga untuk berkhidmat di enam negeri terlibat bencana banjir ketika ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI