fbpx

Saintis hantar sel otot manusia ke angkasa lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej tiga dimensi (3D) yang menunjukkan persimpangan neuromuskular, di mana hujung saraf berpecah kepada beberapa plat pada sel otot berbeza. – Getty

LONDON – Beberapa sel kecil otot manusia akan ‘diterbangkan’ ke angkasa lepas dalam satu eksperimen yang dapat membantu manusia untuk hidup lebih lama dan lebih sihat, lapor akhbar Daily Star semalam.

Projek bernilai £1.2 juta (RM6.7 juta) yang ditaja oleh Agensi Angkasa Lepas Britain itu akan menyaksikan sebuah kapsul dilancarkan dari Stesen Angkasa Lepas Florida, Amerika Syarikat, hari ini.

Menerusi projek digelar MicroAge itu, sel manusia yang dihasilkan di dalam makmal yang bersaiz sebutir beras akan diletakkan di dalam  bekas kecil bersaiz pengasah pensel.

Ketika berada di angkasa lepas, ia akan dirangsang oleh tenaga elektrik untuk menghasilkan pengecutan dalam tisu otot. Para saintis seterusnya akan memantau tindak balas yang berlaku.

Eksperimen itu akan digunakan bagi memahami situasi yang akan berlaku kepada manusia ketika proses penuaaan.

“Proses penuaan merupakan satu daripada cabaran terhebat bagi abad ke-21.

 “Kita akan mempelajari tentang bagaimana otot bertindak balas ke atas graviti mikro dan penuaan daripada data yang dikumpul dalam kajian ini,” kata seorang penyelidik, Profesor Malcolm Jackson dari Universiti Liverpool.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN