fbpx

Niat menonton wayang terganggu lihat lelaki curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan kerusi di panggung wayang, tempat lelaki itu dilihat berlaku curang. - TikTok

JAKARTA – Niat seorang wanita hendak menonton wayang terganggu apabila melihat seorang lelaki berlaku curang terhadap teman wanitanya, lapor laman berita Suara.com hari ini. 

Menerusi video yang dimuat naik ke akaun TikTok bernama @wanttodie214, rakaman menunjukkan beberapa baris kerusi di panggung wayang.

Gelagat pasangan itu membuatkan wanita itu yakin bahawa mereka adalah pasangan kekasih. 

Pemilik akaun itu menceritakan situasi di mana lelaki itu berlaku curang ketika menonton wayang. 

‘’Kepada kakak yang menonton filem ‘Yowis Ben’ dengan teman lelaki yang duduk di baris C, kerusi 1 dan 2, saya nak beritahu perkara ini kepada kakak.

‘’Teman lelaki akak berbalas mesej di Instagram dengan beberapa wanita lain sepanjang filem ditayangkan. Saya tidak bermaksud untuk menyibuk, namun keadaan gelap menyebabkan mata saya tertumpu ke skrin telefonnya yang cerah,’’ tulisnya.

Netizen mula membanjiri ruangan komen.

‘’Terima kasih puan kerana berbuat baik sebab tak semua perempuan macam ni. Malah teman lelaki saya dirampas oleh kawannya yang membantunya menyiapkan tesis,’’ tulis seorang netizen. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI