fbpx

Ebby Yus rugi RM200,000, rumah impian dihanyut arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASRAT Ebby untuk mendiami rumah impiannya tidak kesampaian selepas kediaman tersebut hanyut dilanda arus deras banjir.

PETALING JAYA – Impian pelakon dan juga pelawak Ebby Yus untuk mendiami kediaman impian yang dibina dengan hasil titik peluh sepanjang bergelar pelakon tidak kesampaian apabila rumah yang hampir siap dibina itu musnah dalam bencana banjir baru-baru ini.

Rumah Ebby atau nama lengkapnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, yang terletak di Hulu Langat, Selangor musnah dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir yang melanda di beberapa buah kawasan di Selangor serta Lembah Klang sejak Rabu lalu.

Reda dengan kejadian tersebut, Ebby berkata, rumah tersebut sebenarnya hanya tinggal 10 peratus lagi untuk disiapkan.

“Rumah separuh batu dan separuh kayu itu merupakan kediaman impian saya sejak 30 tahun berkecimpung dalam dunia seni.

“Saya bina rumah ini hasil titik peluh sepanjang bergelar pelakon. Tapi tidak mengapa, saya reda,” kata Ebby.

Ujarnya lagi, dia mengumpul sedikit demi sedikit duit yang dibayar hasil daripada berlakon untuk membina rumah tersebut.

Difahamkan, kali terakhir Ebby menyelesaikan baki bayaran projek rumah tersebut selepas dia mendapat wang daripada penerbit sitkom JKK.

Sebelum kejadian banjir besar berlaku, pelakon kelahiran Batu Kikir, Negeri Sembilan itu sempat melawat rumah tersebut bersama pembantu peribadi, sejam sebelum kawasan di situ dilanda arus deras.

Gara-gara kejadian tersebut, Ebby terpaksa menanggung kerugian mencecah hampir RM200,000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI