fbpx

Tujuh kawasan di Muallim dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA kawasan di daerah Muallim, Tanjung Malim yang dinaiki air ekoran hujan berterusan sejak Jumaat.-IHSAN PDRM

TANJUNG MALIM – Tujuh kawasan di daerah Muallim dinaiki air ekoran hujan berterusan sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman bagaimanapun berkata, setakat ini tiada lagi penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, kawasan yang terjejas ialah Kampung Kuala Slim, Kampung Balun, Pekan Behrang Stesen, Jalan Behrang-Selisek, Jalan Sungai Lembing, Kampung Rasau dan Kilometer 89, Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara.

“Seramai 54 pegawai dan anggota polis telah diatur gerak membuat rondaan dan pemantauan di kawasan banjir dengan dibantu agensi lain seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Rela.

“Keadaan banjir di daerah ini adalah terkawal, walau bagaimanapun semua agensi keselamatan sentiasa bersiap siaga dalam memantau keadaan terkini kawasan terjejas,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI