fbpx

Saksi kes langgar lari dua pejalan kaki diminta tampil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua mayat mangsa langgar lari ditemui di Kilometer 132 Jalan Johor Bahru - Seremban berhampiran Chaah, Segamat pada 10 Disember lalu.

SEGAMAT – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat meminta saksi kemalangan maut dua pejalan kaki di Kilometer 132 Jalan Johor Bahru-Seremban, berhampiran Chaah, 10 Disember lalu tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd. Noh berkata, insiden itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 9 melibatkan pasangan lelaki dan wanita dipercayai suami isteri.

“Dalam kemalangan itu, kedua-dua pejalan kaki itu ditemui orang awam telah meninggal dunia di bahu jalan di lokasi kejadian.

“Kedua-duanya merupakan warga tempatan berdasarkan pengenalan diri dari salah seorang mangsa.

“Kami meminta saksi awam yang berada di tempat kejadian supaya tampil ke IPD Segamat atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan kes langgar lari ini,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bahrin berkata, sehingga kini pemandu kenderaan yang dipercayai melanggar mangsa masih belum hadir membantu siasatan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN