fbpx

Rakyat bersatu hati bantu mangsa banjir di Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tentera darat membantu mangsa banjir di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam hari ini. Foto Twitter Datuk Seri Hishamuddin

PETALING JAYA – Terkesan dengan apa yang dialami penduduk di Semenanjung Malaysia terutamanya di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur yang kini sedang mengalami bencana banjir.

Tinjauan Kosmo! mendapati, orang ramai mula meninggalkan pelbagai reaksi menerusi ciapan di laman Twitter dengan menggunakan tanda pagar yang berbeza sebagai semangat dan usaha mereka untuk membantu mangsa banjir.

Antara tanda pagar yang kerap digunakan adalah #DaruratBanjir, #MayAllah, # Ya Allah, #KitaJagaKita.

Sementara itu, rata-rata rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati dalam membantu antara satu sama lain dengan berkongsikan kisah mangsa menerusi ciapan agar bantuan dapat dihulurkan dengan segera.

Di samping itu, mereka turut berkongsi gambar dan video yang memaparkan keadaan kawasan-kawasan sekitar yang telah ditenggelami air banjir dan ada juga penduduk yang terpaksa berteduh di atas bumbung rumah untuk menyelamatkan diri.

Selain itu, ada juga pengguna yang berkongsi kisah pengalamannya sendiri sebagai mangsa banjir dengan memuat naik ciapan di laman Twitter dan menerima banyak komen dari orang ramai yang sentiasa memberi kata-kata semangat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI