fbpx

Perluas keahlian UMNO – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri menunjukkan buku mesyuarat perwakilan UMNO pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera, hari ini.

BERA – Keahlian UMNO perlu diperluaskan lagi dengan dibuka kepada pertubunan bukan kerajaan (NGO) Melayu dalam usaha menyatupadukan orang Melayu di negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain mencari ahli-ahli baharu, UMNO juga patut mencari lebih banyak pertubuhan dan NGO Melayu untuk menjadi ahli Bersekutu UMNO.

“Apabila saya sebut penyatuan Melayu bukan saya fokus kepada parti-parti politik sahaja tetapi terbuka kepada NGO Melayu supaya menjadi ahli bersekutu UMNO, barulah peranan UMNO untuk menyatupadukan Melayu dapat dirasai dan dilihat dengan jelas.

“Tetapi yang popular hari ini bukan seruan bersatu padu tetapi seruan perpecahan, kita hendak berpecah dengan orang sana, kita tak nak orang sini, kita tak nak orang sana kalau boleh kita sorang-sorang,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bera, Ismail Shafie dan Naib Ketua UMNO Bahagian Bera, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman.

Beliau yang juga Perdana Menteri menjelaskan, UMNO perlu memainkan peranan bagi menyatupadukan orang Melayu yang menjadi hala tuju parti itu sejak daripada penubuhannya pada 1946.

Katanya, asas perjuangan UMNO menyatukan Melayu dan Islam di negara ini serta turut menyatukan kaum-kaum lain perlu terus dijadikan sebagai perjuangan.

Sementara itu beliau berkata, kerajaan pimpinannya akan terus memperkasakan lagi agenda bumiputera yang akan menjadi teras kerajaan yang tidak boleh dipersoalkan kerana terkandung dalam Perlembagaan Negara. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI