fbpx
ANGGOTA keselamatan membawa mayat yang ditemui pada hari ketiga selepas tragedi bot karam di Tanjung Balau, Bandar Penawar Kota Tinggi kelmarin.

Mata mayat bot karam pecah, badan pula jadi keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Mata pecah, badan pula berubah menjadi keras.

Itu antara keadaan mayat pendatang a­sing tanpa izin (PATI) bot karam di Tanjung Balau di sini selepas le­bih 24 jam berada di dalam laut.

Seorang anggota penyelamat operasi berkenaan yang enggan dikenali berkata, mata pecah itu berkemungkinan kesan hentakan dengan batu yang terdapat di dalam laut berkenaan.

“Mata yang pecah mungkin terkena batu. Badan mayat juga telah mulai keras atas faktor air juga kerana mereka di lautan airnya masin.

“Berbanding mayat yang dijumpai pada hari pertama semuanya dalam keadaan baik dan tidak keras,” katanya kepada ­Kosmo! di sini semalam.

ANTARA mayat PATI yang ditemui terdampar selepas insiden bot karam di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi kelmarin.

Sementara itu, Ketua Zon 2 Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Al Hasra Mohamed berkata, memang terdapat perbezaan terhadap tubuh badan mayat yang dijumpai pada hari pertama, kedua dan seterusnya.

Katanya, kebiasaannya mayat ditemui pada hari pertama berada dalam keadaan baik, begitu juga mayat yang dijumpai pada hari kedua.

“Kita memang menjangkakan lebih banyak mayat timbul pada operasi hari kedua kerana situasi itu biasanya dilihat selepas24 jam hingga 36 jam.

“Sebab itu pada hari kedua operasi, sebanyak lapan mayat berjaya dijumpai kerana mereka timbul akibat ombak menolak mereka ke persisiran pantai.

“Namun, keadaan mayat masih baik, hanya kulit badan mereka sudah mulai terkopek selain ada antaranya yang sudah tidak berpakaian,” ujarnya.

Al Hasra berkata, kebiasaannya mayat mula sukar dijumpai selepas tempoh 36 jam berada di laut kerana mereka akan tenggelam semula akibat tindak balas gas yang berada di dalam badan susah habis.

“Faktor air, apa yang dimakan sebelum lemas, permukaan berbatu dan mayat tersangkut menjadi penentu jangka masa mayat untuk timbul,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini bagi kes PATI lemas, pihaknya masih belum pernah menjumpai keadaan mayat yang kritikal sehingga kehila­ngan anggota badan atau dimakan ikan.

Namun, beliau memaklumkan jika mayat berada tempoh terlalu lama di air keadaan itu boleh menyebabkan perut mereka menjadi kembung dan pecah.

Berita berkaitan: 14 PATI terselamat dari insiden bot karam bebas Covid-19

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN