fbpx

[VIDEO] Banjir: Buaya Sungai Linggi naik ke jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor buaya ditemui di Jambatan Pekan Linggi, Port Dickson yang tular di laman Facebook hari ini.

PORT DICKSON – Kejadian banjir dan peningkatan paras air Sungai Linggi menyebabkan seekor buaya naik ke jalan raya dalam kejadian dipercayai berlaku di sebuah jambatan di Linggi di sini pagi tadi.

Rakaman dua video kejadian tersebut masing-masing berdurasi 32 saat dan 15 saat turut tular di laman Facebook.

“Banjir, buaya naik sampai jambatan Linggi,” menurut keterangan video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Omar Linggi.

Dalam video berdurasi 32 saat itu memaparkan buaya itu merangkak dengan jeritan seorang lelaki memberitahu “Buaya naik jambatan, buaya naik jambatan guys”.

Manakala dalam sebuah lagi video berdurasi 15 saat dipercayai berlaku di lokasi sama menunjukkan beberapa lelaki melihat kelibat buaya itu dan berdiri pada jarak dekat yang boleh merbayakan mereka.

Linggi merupakan antara kawasan terjejas teruk dalam kejadian banjir di daerah ini yang bermula sejak awal pagi tadi susulan hujan lebat yang tidak berhenti sejak petang semalam.

Sungai Linggi sememangnya dikenali sebagai habitan buaya tembaga di Negeri Sembilan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI