fbpx
GAMBAR HIASAN

Sudah tercapaikah azam tahun 2021?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM banyak-banyak azam yang biasa diucapkan oleh mereka yang suka memasang niat pada awal tahun baharu dan ia sebenarnya amat sukar untuk direalisasikan adalah menurunkan berat badan.

Berdiet, bersenam, beriadah, berdisiplin dan menjaga pemakanan adalah antara usaha kumpulan tegar ini untuk memastikan azam tahun baharu itu berjaya dicapai.

Semangat juang mereka berjaya diteruskan sehingga hujung tahun dan ada juga yang bersemangat hanya sekadar pada mulut, malah ada juga ‘pancit’ di tengah jalan kerana tidak kuat semangat lantas kembali kepada tabiat lama.

Begitulah kitaran azam tahun baharu bagi mereka yang suka membuat perancangan sebaik labuhnya tirai kalendar tahunan dan sedikit tidak, pastinya setiap individu di muka bumi ini pasti memasang niat untuk memenuhi impian dan misi masing-masing.

Pelbagai isu, kekangan dan memori hitam yang dilalui sepanjang tahun 2021 akibat pandemik Covid-19 yang membuatkan ramai rakyat terkesan bukan sahaja daripada aspek kesihatan tetapi juga pelbagai perkara termasuk tekanan mental.

Menikmati kebebasan tanpa menjejaki premis ofis dengan bekerja dari rumah, bermesyuarat secara maya, bernikah secara ringkas tanpa kehadiran keluarga mara serta , berkurung berbulan-bulan tanpa dibenarkan merentas daerah dan negeri.

Ada juga yang tepaksa berkuarantin di dalam billik, di rawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah atau di Hospital Sungai Buloh telah menjadikan ia sebagai satu pengalaman serta kenangan unik buat semua orang pada tahun ini.

Lebih syahdu bila ada individu yang kehilangan orang tersayang tanpa dapat mengucup dahi, malah melihat wajah insan tersebut buat kali terakhir menjadi satu ujian besar dari Allah buat mereka.

Meskipun dugaan ini begitu perit untuk dilaluinya dengan pengorbanan duit ringgit, kasih sayang dan juga air mata tetapi, kita semua berjaya melaluinya dengan cara masing-masing.

Kesan dan parutnya masih lagi terasa dan pastinya akan terpahat hingga ke akhir hayat kita nanti.

Tahun 2022 bakal menjadi lembaran baharu buat semua termasuk si pencari kerja, si pencari jodoh, suami isteri mendoakan untuk mendapat zuriat, perantau yang dapat pulang ke tanah air dan juga anak-anak berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan.

Tahun depan juga bakal dinanti oleh ramai usahawan tidak kira bersaiz mikro, perusahaan kecil dan sederhana serta peniaga online untuk kembali bangkit dan mencatat keuntungan.

Pengilang dan syarikat korporat juga pastinya melihat kalendar tahun depan untuk lebih berdaya saing, merebut kontrak bernilai jutaan ringgit selain pekerja pastinya berkeinginan untuk mendapat kenaikan pangkat atau dinaikkan gaji.

Rebutlah peluang tersebut dengan azam yang lebih baik, manfaatkan pelbagai peluang bantuan kewangan seperti dana, pembiayaan, geran dan subsidi agar tiada lagi yang tercicir untuk meneruskan kehidupan baharu. -K! ONLINE

POPULAR