fbpx

Mara cadang perkenal kokurikulum sesuai di MRSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizah hadir di Majlis Perasmian Outlet Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA Petronas (PUMP) Sendayan, hari ini

SEREMBAN – Program kokurikulum baharu yang bersesuaian akan diperkenalkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah, jati diri yang baik selain cemerlang dalam akademik.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Azizah Mohd. Dun berkata, cadangan itu telah dibincangkan oleh pihaknya dengan Badan Pemuafakatan Pendidikan Mara Malaysia (Muafakat) semalam.

Jelas Azizah, perkara itu juga sebagai langkah untuk membendung masalah buli dalam kalangan pelajar khususnya di MRSM.

“Perkara ini perlu diberi perhatian serius supaya kes seumpamanya tidak berulang pada masa hadapan.

“Perbincangan dengan badan Muafakat telah diadakan semalam dan ia akan dilihat secara mendalam tentang kaedah terbaik bagi mengurangkan atau menangani kes buli ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Pembiayaan Kepada Lima Orang Usahawan dan Merasmikan Outlet Usahawan Automatif Mara-Petronas (PUMP) di Ozi Holding, Bandar Sri Sendayan di sini, hari ini.

Menurut beliau, program kokurikulum yang sesuai dicadangkan bagi memastikan pelajar tersebut bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi juga cemerlang dari segi jati diri dan sahsiah.

Azizah dalam pada itu menambah, Mara akan terus mengambil langkah proaktif dan mencari jalan supaya pelajar di MRSM sentiasa mempunyai keperibadian yang baik.

“Selain itu, tindakan kaunseling juga akan terus diberikan kepada pelajar yang menjadi mangsa kes buli berkenaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI