fbpx

Malaysia pertaruhkan pengalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Harimau Malaya mendengar taklimat daripada Cheng Hoe ketika sesi latihan menjelang pertemuan menentang Indonesia pada Ahad ini.

ASPEK pengalaman menjadi senjata kepada Harimau Malaya untuk berdepan Indonesia pada perhitungan hidup mati pada kempen Piala AFF Suzuki kali ini.

Daripada apa yang dijelmakan ketika mengikat Vietnam kelmarin, pengendali negara, Tan Cheng Hoe dapat merumuskan bahawa pemain-pemain muda Indonesia nyata memiliki kualiti.

“Kalau kita lihat perlawanan itu, Indonesia main bertahan saja kerana perancangan mereka adalah untuk dapatkan satu mata.

“Mereka berdisiplin dan berdasarkan dua atau tiga perlawanan lalu, kita boleh lihat kekuatan mental mereka, malah kecergasan pemain juga cukup baik kerana mereka miliki persiapan rapi.

“Kekuatan Indonesia adalah keyakinan dalam kalangan pemain muda. Mereka gunakan kepantasan, namun dari segi pengalaman, mereka mungkin ada banyak kekurangan,” kata Cheng Hoe menerusi sidang akhbar virtual semalam.

CHENG HOE

Untuk melangkah ke separuh akhir, skuad negara wajib menang ke atas Indonesia, namun Cheng Hoe mengakui agak sukar untuk meramalkan apa yang bakal dipraktikan oleh pasukan Indonesia pada perlawanan Ahad ini.

Apa yang menjadi keutamaan Cheng Hoe adalah lebih menjurus kepada penyesuaian pemain mengikut setiap perlawanan yang dihadapi.

“Untuk pergi lebih jauh pada kejohanan, inilah cabarannya. Kami perlu hadapi situasi ini dan turun padang dengan minda positif.

“Kita kena bersedia dari segi taktikal, kebolehan dan cuba tampil fleksibel dalam apa pun situasi. Kali ini keputusan lebih penting daripada permainan cantik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI