fbpx

Bapa Liyana Jasmay meninggal dunia kerana kanser paru-paru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENANGAN Liyana bersama arwah bapanya.

PETALING JAYA – Selepas lebih setahun berjuang melawan penyakit kanser paru-paru yang dihidapinya, bapa pelakon Liyana Jasmay, Datuk Jasmay Md. Shah, 68, akhirnya meninggal dunia sekitar pukul 11.30 pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi Liyana yang merupakan anak bongsunya di kediaman keluarga mereka di Kemensah, Hulu, Kelang, Selangor.

“Ya, memang babah telah meninggal dunia sebentar tadi kerana penyakit kanser paru-paru yang dihidapinya.

“Arwah babah meninggal dunia dengan saya di sisinya di rumah kami selepas setahun lebih berjuang dengan penyakit kanser,” kata Liyana menerusi hantaran WhatsApp kepada Kosmo! Online hari ini.

Pelakon filem Papadom itu turut berkongsi kedukaannya menerusi satu hantaran Instagram yang disertakan dengan sekeping gambarnya bersama arwah bapa.

“Semoga babah diampunkan segala dosa. Semoga babah ditempatkan bersama orang beriman. Semoga babah dijauhi azab kubur.

You are the best daddy to our family, to your extended families, tp your friends. You bring light and joy to people. You are the giver.

“You gives me so much daddy and i thank you for raising me well. Hanya doa yang mampu mengiringi babah sekarang. Adik harap dapat jumpa babah di jannah nanti. I love you babah,” tulis Liyana dalam Instagramnya.

Tambah Liyana, jenazah arwah bapanya akan disembahyangkan di Masjid Al- Iman Kemensah Height pada pukul 3 petang ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah.

Allahyarham yang merupakan seorang ahli perniagaan semasa hayatnya meninggalkan seorang balu, Datin Habsah Simpon, 64, dan empat orang anak, Juzaili Jasmay, 44, Faradilla Jasmay, 41, Adriana Jasmay, 39, dan Liyana, 33. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI