fbpx

Banjir : 4 daerah di Kelantan mula dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kampung di Kuala Krai sudah dinaiki air susulan hujan lebat sejak semalam. FOTO IHSAN PENDUDUK

KOTA BHARU – Kebanyakan kawasan di empat daerah di Kelantan iaitu Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah mula dinaiki air susulan hujan lebat sejak semalam.

Hujan lebat tidak henti itu menyebabkan seramai 533 orang mangsa banjir dari empat jajahan itu terpaksa ditempatkan di lapan buah pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka ditenggalami air.

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM setakat pukul 3 petang tadi, Gua Musang menempatkan mangsa banjir tertinggi setakat ini melibatkan 428 orang di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Chiku 7 dan SK Limau Kasturi.

Di Kuala Krai, seramai 73 mangsa telah ditempatkan di tiga buah PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai, Pejabat Veterinar Daerah, SK Sungai Embak dan SK Chenulang.

SK Kuala Balah di Jeli pula menempatkan 24 mangsa dan SK Keleweh, Tanah Merah seramai lapan orang.

Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah sudah melepasi paras bahaya iaitu 23.8 meter berbanding paras normal 19 meter.

Tiga lagi sungai utama di Kelantan iaitu Sungai Lebir di Kuala Koh (Gua Musang), Kuala Krai dan Kusial (Tanah Merah) sudah melepasi paras amaran. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI