fbpx

4 termasuk wanita didakwa bunuh ejen insurans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan membunuh seorang ejen insurans. -MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Empat individu termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang ejen insurans susulan penemuan rangka dalam semak di Kuala Langat, Selangor pada 2 Disember lalu.

Kesemua tertuduh iaitu S. Jeeva, 51, M. Bereamalah, 39, M. Raja, 35, dan P. Yogan Pillay, 25, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin.

Difahamkan, Jeeva merupakan pengarah syarikat, Bereamalah seorang ejen insuran, Raja pula tiada pekerjaan tetap manakala Yogan Pillay seorang pemandu lori.

Mereka secara bersama didakwa telah menyebabkan kematian mangsa mangsa, P. Rajasegar, 52, di hadapan Zurich Insurance Malaysia Berhad, Menara Zurich Jalan Lintang di sini pada pukul 10.30 pagi, 12 November hingga 4.45 petang, 2 Disember lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara selama 30 tahun dan jika tidak dikenakan hukum mati, boleh disebat.

Mengikut fakta kes, kejadian bermotifkan peras ugut itu bermula selepas polis menerima laporan daripada pekerja syarikat insurans berusia 44 tahun memaklumkan suaminya yang bekerja di syarikat sama gagal dihubungi selepas keluar berseorangan dengan menaiki kereta jenis Honda CRV pada 12 November lalu.

Pada 16 November, kereta mangsa ditemui di tepi Jalan Permata Kiri Kampung Olak Lempit, Banting, Selangor dalam keadaan berkunci namun mangsa tiada di lokasi.

Seterusnya, pada 2 Disember lalu, polis menemui satu rangka manusia di dalam semak berhampiran kawasan Gadong, Tanjong Sepat, Kuala Langat dipercayai mayat mangsa.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI