fbpx

Rekod cemerlang, namun kesalahan jejaskan pekerjaan kamu – Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suzana dibawa anggota SPRM ketika tiba di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – “Kamu lama dalam perkhidmatan ini (dalam kerajaan), dan saya lihat rekod pun cemerlang, namun akibat kesalahan yang dilakukan, kamu terpaksa menanggung dan menjejaskan pekerjaan kamu.”

Demikian kata Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi terhadap seorang pembantu tadbir sebuah hospital selepas dijatuhi hukuman denda RM8,000 atas pertuduhan menjalankan perniagaan tanpa kebenaran ketika masih berkhidmat sebagai penjawat awam.

Hakim Azura menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Suzana Murni Mansor, 53, selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara lima bulan dan tertuduh membayar jumlah denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai pegawai badan awam iaitu Pembantu Tadbir Gred N22 di Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu, sebuah hospital kerajaan terikat di sisi undang undang supaya tidak mengambil bahagian dalam perniagaan.

Ia sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan 4(1), Jadual Kedua, Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 yang mana tertuduh telah mengambil bahagian dalam perniagaan, iaitu sebagai pemilik Syarikat Fana Global Resources yang mendapat kerja membekal dan menghantar sarung kaki kepada kakitangan hospital kerajaan terbabit yang bernilai RM44,500.

Kesalahan itu dilakukan di Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu, di sebuah hospital kerajaan di sini pada Disember 2016.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 168 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Seksyen itu bermaksud mana-mana penjawat awam, supaya tidak mengambil bahagian dalam perniagaan.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan mempunyai tanggungan seperti pinjaman perumahan selain dua anak yang masih menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Noryusriza Zulkifli bersama Pegawai Pendakwa SPRM Mohd. Aliff Shaharuzaman memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam.

“Hukuman yang setimpal itu bukan sahaja kepada tertuduh malah kepada penjawat awam lain agar tidak melakukan kesalahan sama,” kata Noryusriza.K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI