fbpx

Perak sasar 14 juta pelancong tempatan tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan Perak mensasarkan 14 juta pelawat tempatan berkunjung ke negeri itu tahun hadapan dalam tempoh pemulihan sektor pelancongan. - Gambar hiasan

IPOH- Perak menyasarkan 14 juta pelawat tempatan melancong ke negeri itu dalam tempoh pemulihan sektor pelancongan tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, kerajaan negeri juga menyasarkan enam juta pelawat bermalam di negeri ini pada tempoh sama.

Jelasnya, tahun lalu seramai 13.17 juta pelancong melawat Perak iaitu yang kedua tertinggi selepas Selangor dan menjana RM2.34 bilion kepada kitaran ekonomi negeri.

“Kerajaan negeri merancang satu program khusus di bawah peruntukan Pakej Ransangan Ekonomi iaitu Program Pemulihan Pelancongan Perak dikenali sebagai DReAM,” katanya pada sesi penggulungan portfolionya pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI