fbpx

Loji ayam Thailand, China masih sah status

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kesemua sembilan loji ayam di Thailand dan dua loji ayam di China yang tersenarai di laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) adalah masih sah status kelulusan eksport ke Malaysia.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan DVS dalam kenyataan akhbar bersama menjelaskan, kelulusan pelanjutan status eksport loji-loji tersebut telah dipersetujui dan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengiktirafan Abatoir dan Loji Pemprosesan Luar Negara (JTPALLN) yang bersidang pada 29 Mei tahun lalu.

Menurutnya, JTPALLN dianggotai oleh pegawai-pegawai DVS, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Jakim dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

“Pengawasan halal ke atas loji yang telah diberi kelulusan mengimport ayam ke Malaysia dari Thailand akan dipantau dan diselia oleh badan pengesahan halal luar negara diiktiraf oleh Jakim iaitu The Central Islamic Council of Thailand (CICOT) dengan tempoh sah pengiktirafan bermula pada 6 September lalu hingga 31 Disember 2023.

“Dalam masa sama, pengiktirafan badan pensijilan halal Shandong Halal Certification Service (SHC) sebagai badan yang diiktiraf oleh Jakim pula bermula daripada 23 Januari tahun lalu sehingga 23 Januari tahun depan,” demikian kenyataan akhbar tersebut di sini hari ini.

Memandangkan tempoh pengiktirafan beberapa badan persijilan halal yang diiktiraf oleh Jakim termasuklah SHC akan tamat pada 23 Januari tahun depan, Jakim telah melaksanakan remote audit kepada badan-badan pensijilan halal luar negara berkenaan pada 5 April sehingga 20 April lalu untuk proses pembaharuan pengiktirafan tersebut.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI