fbpx

TOP anjur kempen bantu golongan ibu tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Produk cucian berjenama TOP keluaran syarikat Southern Lion Sdn. Bhd. (Southern Lion) telah memulakan kempen kutipan amal untuk membantu ibu tunggal dalam berdepan dengan persekitaran ekonomi yang sukar kini.

Berdasarkan keprihatinan syarikat dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AEON dan Shopee, kempen ini bakal membantu untuk memenuhi 333 keperluan persekolahan bagi tahun depan untuk kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal.

Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Fabrik ­Southern Lion, Ling Ai Li berkata, melalui Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP (Brighter Future with TOP), syarikat akan mengenal pasti keluarga yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan.

“Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak yang bakal memulakan persekolahan tahun satu pada 2022.

“TOP telah menghubungi ibu-ibu tunggal ini untuk mendapatkan butiran berkenaan saiz pakaian dan barangan keperluan bagi 333 kanak-kanak terlibat,” katanya dalam kenyata­an.

Selain itu, tambah Ai Li, sebahagian daripada jualan produk sabun pencuci TOP tertentu di seluruh rangkaian AEON dan platform Shopee (melalui kedai rasmi Southern Lion) mulai 25 November hingga 26 Disember 2021 akan disalurkan untuk kelengkapan 333 pelajar sekolah rendah ini.

Sejak dimulakan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah menyumbang keperluan persekolahan kepada 2,880 pelajar daripada 85 komuniti di seluruh negara, selain sumbangan berupa sabun pencuci TOP kepada penjaga dan keluarga.

Selain itu, syarikat turut melancarkan sabun pencuci cecair TOP Gentle Care Advanced Micro-Clean Tech yang boleh menghilangkan 99.9 peratus virus dan bakteria.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI