fbpx
Tertuduh (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini untuk prosiding pertuduhan kes sumbang mahram dengan adik iparnya bulan lalu. - FOTO: ZULHANIFA SIDEK

Penjual ayam didakwa sumbang mahram, lakukan seks dengan adik ipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang penjual ayam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan sumbang mahram iaitu mengadakan hubungan seks dengan adik ipar yang berusia 15 tahun, bulan lalu.

Tertuduh yang berusia 33 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan mengadakan hubungan seks bersama adik iparnya yang ketika itu berusia 15 tahun tujuh bulan.

Kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh di sebuah rumah di sini pada 23 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalnaa menawarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 kepada tertuduh dengan seorang penjamin.

Ahmad Bazli membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah tersebut seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 13 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh membayar ikat jamin yang ditetapkan oleh mahkamah.

POPULAR