fbpx

‘Datuk ada betulkan tali kasut anak saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin membantu mengikat tali kasut seorang pelajar ketika Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang di sebuah sekolah.

PETALING JAYA – Pemilik akaun Mohd. Azmi meninggalkan ucapan terima kasih di ruangan komen laman Facebook milik Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein setelah beliau memuat naik status berterima kasih kepada Unit Tindak Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Menerusi perkongsian tersebut, lelaki itu memaklumkan bahawa anaknya pernah dibantu oleh Hishammuddin dan kebaikannya akan sentiasa diingati.

“Terima kasih Datuk Seri.

“Dulu Datuk ada tolong betulkan tali kasut anak saya masa penyampaian anugerah dan sekarang dia dah tingkatan empat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM),” katanya.

Tangkap layar ucapan seorang lelaki berterima kasih kepada Hishammuddin kerana tindakan beliau membetulkan tali kasut anaknya di sekolah.

Dalam pada itu, Hishammuddin turut membalas semula komen yang diberikan lelaki itu serta memberitahu bahawa dirinya masih ingat dan menyimpan gambar kenangan yang diceritakan.

“Saya ingat sangat peristiwa itu Mohd. Azmi dan gambarnya pun saya masih simpan lagi.

“Alhamdulillah, saya tumpang bangga. Sampaikan salam saya kepada beliau ya. Belajar rajin-rajin,” katanya.

Rata-rata orang ramai turut tersentuh dengan tindakan Hishammudin yang dikatakan berjiwa rakyat.

“Terbaik Datuk Seri, memang berjiwa rakyat. Tali kasut pelajar pun tolong ikatkan,” kata Aziz Azizul.

“Datuk Seri sentiasa merendah diri semoga mampu menjadi pemimpin hebat suatu hari nanti dan diberi kesihatan yang baik dimurahkan rezeki,” kata Zulkifli Yunus.

“Seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan tidak sombong itulah dia Datuk Seri Hishammuddin. Memang terbaik,” kata Hatimin Ttr. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN