fbpx

RUU Akta 342 perlu diluluskan segera bendung Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham.

PUTRAJAYA – Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342 pindaan 2021) perlu diluluskan segera bagi memastikan kesinambungan dan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dalam membendung Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini ditambah lagi dengan penularan varian baharu termasuk Omicron dan sekiranya ia tidak diluluskan segera dibimbangi akan menjejaskan langkah pencegahan kawalan penyakit.

“Ahli Parlimen akan berbahas dan jika ada persetujuan, ia (pindaan) boleh diluluskan. Mungkin dalam perbahasan itu akan ada penambahbaikan dan cadangan dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kesinambungan KKM dalam melaksanakan pencegahan kawalan penyakit dibimbangi tergendala jika perbahasan ini berpanjangan,” katanya pada taklimat media berkenaan Pindaan RUU Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342 pindaan 2021) di sini hari ini.

Beliau berkata, pindaan yang dibentangkan itu diharap mendapat persetujuan Ahli Parlimen dalam memastikan pelaksanaannya secepat mungkin memandangkan negara masih berperang melawan Covid-19.

“Selain itu, kebimbangan kita dengan kes Covid-19 yang semakin meningkat di United Kingdom dan Eropah. Dijangkakan dalam tempoh dua atau tiga bulan, Malaysia selalunya menghadapi keadaan yang sama.

“Apa yang kita laksanakan ialah memperbaiki akta ini supaya langkah pencegahan dan kawalan kesihatan awam dapat dimantapkan,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN