fbpx

Pengantin perempuan lompat, ketawa selepas dinikahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin perempuan secara tiba-tiba melompat bangun, bertepuk tangan sambil ketawa sehinggakan tiara yang dipakainya terjatuh dari kepala. – TikTok

JAKARTA – Sebuah video memaparkan aksi seorang pengantin perempuan yang melompat kegembiraan selepas disahkan bergelar isteri menjadi tular di media sosial dengan ramai netizen terhibur melihat reaksi spontan wanita itu, lapor laman berita Berita Hits hari ini.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @genkMoto, sepasang pengantin dilihat sedang bersiap sedia untuk dinikahkan.

Ketika pengantin lelaki sedang menjalani  ijab kabul, pengantin perempuan kelihatan cemas sehingga kedua-dua tangannya diletakkan di bahagian telinganya.

Bagaimanapun, sejurus pengantin lelaki selesai mengucapkan lafaz nikah dengan lancar, pengantin perempuan secara tiba-tiba melompat bangun, bertepuk tangan sambil ketawa sehinggakan tiara yang dipakainya terjatuh dari kepala.

Aksi pengantin perempuan itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen melihatkan reaksinya.

“Saya tumpang bahagia melihatnya sehingga tertawa sendiri.  Apa yang sedihnya adalah bila pula giliran saya akan tiba,” komen seorang netizen.

“Kalau saya, selepas ijab dan kabul, saya menangis dan tidak dapat menahan air mata,” kata seorang lagi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN