fbpx
HUBUNGANN Seuk-Gu dan Lee Seol dikatakan tidak lebih sekadar senior dan junior.

Son Seuk-gu nafi cintakan Lee Seol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MINGGU lalu, portal OSEN melaporkan bahawa aktor Son Seuk-gu menjalin hubungan cinta dengan aktres Lee Seol sejak tahun lepas.

Bagaimanapun, Seuk-gu menerusi agensinya segera menepis dakwaan tersebut dengan menafikan bahawa dia mempunyai hubungan istimewa dengan Lee Seol.

“Adalah tidak benar bahawa mereka sedang bercinta. Seuk-gu dan Lee Seol hanyalah kenalan biasa.

“Hubungan kedua-duanya hanyalah sebagai senior dan junior. Jadi, adalah tidak benar dakwaan bahawa mereka bercinta,” kata agensinya.

Biarpun tidak dapat dipastikan bagaimana tercetusnya desas-desus tentang hubungan, namun peminat meluahkan pendapat bahawa tidak ada masalah sekiranya kedua-duanya saling berkasih sayang.

Untuk rekod, awal tahun ini Seuk-gu muncul dengan drama terbitan Netflix, D.P yang turut menyaksikan penampilan khas Lee Seol dalam naskhah berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI