fbpx

Setiausaha politik menteri bergaji RM17,884 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Islahuddin (kanan).

PETALING JAYA – Setiausaha Politik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Muhammad Islahuddin Abas mempunyai pendapatan sebanyak RM17,884 dengan gaji bulanan diterimanya sebanyak RM9,000.

Selain itu, Muhammad Islahuddin juga menerima elaun sebanyak RM8,884 sebulan seperti yang dilaporkan di Portal Perisytiharan Harta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Staf Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad itu juga mengisytiharkan bahawa dia menerima RM8,884 sebulan sebagai elaun keraian dan tidak dapat apa-apa untuk bayaran sewaan dan lain-lain pendapatan.

Pengisytiharan itu diterima SPRM pada 19 November lalu.

Laman itu juga mendedahkan bahawa jumlah aset Muhammad Islahuddin kurang daripada RM1 juta. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI