fbpx

Guru tadika rugi RM4,200 tagih cinta ‘menteri kewangan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BERA – Kerana cinta, seorang wanita berusia 59 tahun yang bekerja sebagai guru tadika kerugian RM4,200 selepas diperdaya individu yang menyamar sebagai Menteri Kewangan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang tinggal di Kemayan di sini berkenalan dengan suspek pada awal bulan ini.

“Suspek menggunakan nama Facebook Tengku Zafrul dan memperkenalkan diri sebagai Menteri Kewangan selain turut menghantar mesej kepada mangsa melalui WhatsApp.

“Suspek berjanji untuk memberikan wang sebanyak RM1 juta dan sebuah kenderaan jenis Rolls-Royce kepada mangsa jika bersetuju untuk berkahwin dengannya,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Wazir, suspek kemudiaan meminta mangsa berurusan dengan individu bernama Siti menerusi WhatsApp yang didakwa pengurus bank kepada Tengku Zafrul.

Katanya, mangsa kemudiannya diminta membayar yuran pemprosesan untuk berkahwin dengan suspek.

Mangsa membuat pembayaran melalui mesin deposit di sebuah bank di Temerloh pada 10 Disember lalu.

“Selepas menyedari ditipu, mangsa membuat laporan kerana tidak berpuas hati suspek menggunakan nama menteri untuk menipunya selain bimbang akan keselamatan diri, keluarga serta hartanya di kemudian hari,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI